Yang menadah itu sedepa lengan,
yang dipinta itu sekepal gunung,
yang dapatnya seruas jari,
sayang,
yang seruas itu tak mampu digenggam.
Friday, June 12, 2009
Thursday, April 2, 2009
Seteru
Rupa-rupanya,
yang terasa tawar itulah penawar,
yang enak itu membawa senak,
yang difikir perit
terasa pahit,
rupanya penyembuh sakit.
Kaya jelata dihidang moleknya kulit,
membalut isi yang hangit,
enaknya mereka diulit,
sehingga ralit dengan dusta-dusta,
hujah yang sempit,
fitnah berbangkit-bangkit.
Perang semakin sengit,
antara benci dan dengki,
sampaikan lupa haluan diri,
di tanah sendiri,
tempat berdiri diri terperi,
di tanah semadinya uri.
Apakah seteru itu tubuh yang lain,
atau semuanya ada di sini,
di dalam diri?
yang terasa tawar itulah penawar,
yang enak itu membawa senak,
yang difikir perit
terasa pahit,
rupanya penyembuh sakit.
Kaya jelata dihidang moleknya kulit,
membalut isi yang hangit,
enaknya mereka diulit,
sehingga ralit dengan dusta-dusta,
hujah yang sempit,
fitnah berbangkit-bangkit.
Perang semakin sengit,
antara benci dan dengki,
sampaikan lupa haluan diri,
di tanah sendiri,
tempat berdiri diri terperi,
di tanah semadinya uri.
Apakah seteru itu tubuh yang lain,
atau semuanya ada di sini,
di dalam diri?
Thursday, September 18, 2008
Makna
Apakah maknanya telinga ini?
Apakah maknanya mata ini?
Apakah maknanya lidah ini?
Apakah maknanya daya ini?
Apakah maknanya keinginan ini?
Seandainya tidak punya hidup dan pengetahuan?
Apakah maknanya mata ini?
Apakah maknanya lidah ini?
Apakah maknanya daya ini?
Apakah maknanya keinginan ini?
Seandainya tidak punya hidup dan pengetahuan?
Tuesday, September 9, 2008
Jalan banyak, tujunya satu
Dalam aku terperangkap dalam kesesakan,
di hadapan sekolah,
yang penuh anak-anak kecil,
belum tumbuh iblisnya,
ingin aku sampaikan:
Adik,
nanti kau akan bertemu simpang jalan,
jangan kau keliru simpang mana kau harus pilih,
asalkan kau tidak terkeluar batas jalan itu,
kerana mana-mana simpang pun,
selagi kau ingat tanggungan terbesar,
selagi kau tidak lupa diri,
selagi kau berhajat ke situ,
kau akan sampai.
Adik,
hati-hati dengan simpang yang lekas kau tertarik,
jalannya nampak cantik tanpa liku,
tetapi kau harus sedar bahaya mendatang,
kenderaannya laju belaka,
silap kelak kau dihentamnya.
Adik,
kadang-kadang jalan yang compang-camping,
lagi herot-berot itu,
kau terpaksa perlahan-lahan,
tetapi orang-orangnya lalu dengan cermat,
kau selamat.
Adik,
aku berpesan pada kau,
agar kau berpesan pada aku,
kerana kau di kalangan bukti,
ertinya fitrah akal.
di hadapan sekolah,
yang penuh anak-anak kecil,
belum tumbuh iblisnya,
ingin aku sampaikan:
Adik,
nanti kau akan bertemu simpang jalan,
jangan kau keliru simpang mana kau harus pilih,
asalkan kau tidak terkeluar batas jalan itu,
kerana mana-mana simpang pun,
selagi kau ingat tanggungan terbesar,
selagi kau tidak lupa diri,
selagi kau berhajat ke situ,
kau akan sampai.
Adik,
hati-hati dengan simpang yang lekas kau tertarik,
jalannya nampak cantik tanpa liku,
tetapi kau harus sedar bahaya mendatang,
kenderaannya laju belaka,
silap kelak kau dihentamnya.
Adik,
kadang-kadang jalan yang compang-camping,
lagi herot-berot itu,
kau terpaksa perlahan-lahan,
tetapi orang-orangnya lalu dengan cermat,
kau selamat.
Adik,
aku berpesan pada kau,
agar kau berpesan pada aku,
kerana kau di kalangan bukti,
ertinya fitrah akal.
Wednesday, August 27, 2008
Lagu Redha
Bukankah Dia lebih tahu apa di depan dan di belakang kita?
Maka diamkan lagu sedih,
lagu murung,
kelak sepertinya
tiada kita menadah,
barang yang dijanjikan sejak dulu,
sepertinya lagi
tiada redha.
Di hadapan sekalian alam pada tangan yang menciptanya,
betapa kita tampak lebih gagah,
dengan setitik keperkasaan dari tujuh lautan,
oleh kerana berdendang
lagu geram,
mengomel barang yang disampaikan
di telapak tangan yang menadah.
Oh, apakah bisanya
gagalnya barang yang dirancang,
- ini rangkap lagu rungut.
Kita yang menyanyikan lagu redha,
tiadalah kenal apa pun jua,
sehingga buta pada perbedaan,
murung atau girang,
sedih atau tawa,
geram atau suka.
Mari nyanyi lagu redha,
ajarkan aku sama.
Maka diamkan lagu sedih,
lagu murung,
kelak sepertinya
tiada kita menadah,
barang yang dijanjikan sejak dulu,
sepertinya lagi
tiada redha.
Di hadapan sekalian alam pada tangan yang menciptanya,
betapa kita tampak lebih gagah,
dengan setitik keperkasaan dari tujuh lautan,
oleh kerana berdendang
lagu geram,
mengomel barang yang disampaikan
di telapak tangan yang menadah.
Oh, apakah bisanya
gagalnya barang yang dirancang,
- ini rangkap lagu rungut.
Kita yang menyanyikan lagu redha,
tiadalah kenal apa pun jua,
sehingga buta pada perbedaan,
murung atau girang,
sedih atau tawa,
geram atau suka.
Mari nyanyi lagu redha,
ajarkan aku sama.
Tuesday, August 26, 2008
Kitab
Dari kerdip mata sang anak
yang termanggu
mengepil kitab besar sekalian alam
tetap berjalan usai senja
siap siaga untuk dirotan gurunya.
Dari situ dia mengenal huruf
yang tiada terlintas
akan pengertiannya.
Si anak mulai dewasa,
tetap berjalan,
sambil terlupa,
kitab sebesar alam ada padanya
dan sekelilingnya.
Pengertian yang ditanggung ini
tidak mungkin difahami
akan pada huruf
yang semata-mata dilagukan
dihafali
akan padanya
tiada terbongkar.
yang termanggu
mengepil kitab besar sekalian alam
tetap berjalan usai senja
siap siaga untuk dirotan gurunya.
Dari situ dia mengenal huruf
yang tiada terlintas
akan pengertiannya.
Si anak mulai dewasa,
tetap berjalan,
sambil terlupa,
kitab sebesar alam ada padanya
dan sekelilingnya.
Pengertian yang ditanggung ini
tidak mungkin difahami
akan pada huruf
yang semata-mata dilagukan
dihafali
akan padanya
tiada terbongkar.
Wednesday, July 30, 2008
Mesra II
Subscribe to:
Posts (Atom)